Monday, March 30, 2015
Thursday, March 26, 2015
Tuesday, March 24, 2015
Monday, March 23, 2015
EDU 3903 : KAEDAH ISLAM DALAM MENANGANI STRES
EDU 3903 : KAEDAH ISLAM DALAM MENANGANI STRES: Islam merupakan agama yang sempurna. Cara yang terbaik dalam menangani stres ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Hashim Anang (20...
Sunday, March 22, 2015
STRESS
Stress
Konsep Stress
Stres
adalah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan
mental dan kerap menyerang masyarakat pada masa kini. Dari sudut
bahasa stres membawa maksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah
kehidupan (Harunsani,2004 dalam Mohd Taib dan Hamdan 2006).
Menurut Mohd Salleh (1994) stres adalah reaksi fizikal dan mental
seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan ketidakselesaan
dalam hidup. Ketidakselesaan ini boleh memberi dua kesan berbeza
kepada individu iaitu sama ada kesan positif atau negatif. Stres pada
kadar rendah adalah positif kerana ia boleh menggerakkan individu untuk
mencapai apa yang ingin dicapai. Sebaliknya stres pada kadar tinggi
boleh mendatangkan kemudaratan seperti kemerosotan kesihatan atau
perhubungan.
Di Malaysia masalah stres dalam kalangan guru memang hebat
dibincangkan dan banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji
aspek ini. Mengikut Kyriacou (2000) stres guru ialah pengalaman guru
terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan,
kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya
sebagai seorang guru. Bebanan tugas guru dan perubahan yang berlaku
dalam sistem pendidikan adalah antara faktor yang menyumbang kepada
masalah stres dalam kalangan guru.
mental dan kerap menyerang masyarakat pada masa kini. Dari sudut
bahasa stres membawa maksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah
kehidupan (Harunsani,2004 dalam Mohd Taib dan Hamdan 2006).
Menurut Mohd Salleh (1994) stres adalah reaksi fizikal dan mental
seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan ketidakselesaan
dalam hidup. Ketidakselesaan ini boleh memberi dua kesan berbeza
kepada individu iaitu sama ada kesan positif atau negatif. Stres pada
kadar rendah adalah positif kerana ia boleh menggerakkan individu untuk
mencapai apa yang ingin dicapai. Sebaliknya stres pada kadar tinggi
boleh mendatangkan kemudaratan seperti kemerosotan kesihatan atau
perhubungan.
Di Malaysia masalah stres dalam kalangan guru memang hebat
dibincangkan dan banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji
aspek ini. Mengikut Kyriacou (2000) stres guru ialah pengalaman guru
terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan,
kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya
sebagai seorang guru. Bebanan tugas guru dan perubahan yang berlaku
dalam sistem pendidikan adalah antara faktor yang menyumbang kepada
masalah stres dalam kalangan guru.
Jenis-Jenis
Stress
Mengikut
Cockburn (1996) terdapat lima jenis stres yang dialami
oleh guru iaitu;
Stres ‘here and now’ – Stres ‘here and now’ didefinisikan sebagai stres yang wujud pada sesuatu masa atau ketika. Contohnya; ketika peperiksaan, pertengkaran atau ketika berlaku kemalangan.
oleh guru iaitu;
Stres ‘here and now’ – Stres ‘here and now’ didefinisikan sebagai stres yang wujud pada sesuatu masa atau ketika. Contohnya; ketika peperiksaan, pertengkaran atau ketika berlaku kemalangan.
Stres ‘anticipation’ – Stres
‘anticipation’ merujuk kepada situasi di mana guru bertindak balas
terhadap sesuatu perkara yang dijangkakan. Contohnya; apabila guru baharu
dilantik untuk menjadi guru kelas dan terpaksa berjumpa dengan ibubapa
dalam perjumpaan PIBG. Sebagai guru baharu yang tiada berpengalaman,
situasi ini boleh menimbulkan perasaan stres ‘anticipation’.
Stres imaginatif – Stres imaginatif wujud
apabila individu akan berimaginasi tentang sesuatu yang menakutkan atau
negatif. Sebagai contoh; anda tinggal bersendirian di rumah dan anda
mendengar pelbagai bunyi di luar. Secara tidak langsung anda akan mula
mengandaikan bahawa terdapat pencuri di luar yang sedang mencuba untuk
menceroboh rumah anda.
Stres Reaktif – Stres
reaktif ialah stres yang wujud akibat daripada peristiwa atau pengalaman
lampau. Ia berlaku secara semulajadi. Contohnya ialah apabila seseorang
individu baharu sahaja kehilangan orang yang disayangi. Proses mengimbas
semula pengalaman lampau ini akan menyebabkan stres reaktif berlaku.
Stres Negatif – Stres
negatif ialah sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari,
minggu, bulan atau tahun. Ia boleh disebabkan satu punca sahaja seperti
masalah kewangan atau rumah tangga.
Punca-Punca
Stress
Punca-Punca Stres
Menurut
Faizah dan Mazlan (2010), Punca stres kehidupan
merangkumi lapan faktor iaitu :
merangkumi lapan faktor iaitu :
Gaya Hidup
a. Disiplin pemakan yang tidak sihat.
b. Gemar berbelanja menggunakan kad kredit walaupun ada kalanya barangan yang dibeli tidak diperlukan.
c. Tidak dapat membezakan antara waktu bekerja dengan waktu berehat bersama –sama keluarga.
d. Kurang melakukan senaman bagi menjaga kesihatan diri.
e. Tidak dapat menyusun ritma tidur yang sistematik.
a. Disiplin pemakan yang tidak sihat.
b. Gemar berbelanja menggunakan kad kredit walaupun ada kalanya barangan yang dibeli tidak diperlukan.
c. Tidak dapat membezakan antara waktu bekerja dengan waktu berehat bersama –sama keluarga.
d. Kurang melakukan senaman bagi menjaga kesihatan diri.
e. Tidak dapat menyusun ritma tidur yang sistematik.
Kewangan
a. Mempunyai masalah disiplin kewangan yang teruk.
b. Sifat individu yang tidak pernah merancang sebelum berbelanja.
c. Gaji yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan peribadi dan keluarga.
d. Perancangan kewangan yang buruk.
e. Kerap terganggu dengan masalah kewangan.
a. Mempunyai masalah disiplin kewangan yang teruk.
b. Sifat individu yang tidak pernah merancang sebelum berbelanja.
c. Gaji yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan peribadi dan keluarga.
d. Perancangan kewangan yang buruk.
e. Kerap terganggu dengan masalah kewangan.
Personaliti.
a. Sukar untuk melahirkan perasaan gembira.
b. Tabiat terlalu banyak bercakap daripada mendengar.
c. Kerap tergesa-gesa untuk menyiapkan sesuatu kerja.
d. Kerap mengambil keputusan tanpa berfikir secara rasional.
e. Mudah marah walaupun terhadap perkara-perkara yang remeh dan kecil.
a. Sukar untuk melahirkan perasaan gembira.
b. Tabiat terlalu banyak bercakap daripada mendengar.
c. Kerap tergesa-gesa untuk menyiapkan sesuatu kerja.
d. Kerap mengambil keputusan tanpa berfikir secara rasional.
e. Mudah marah walaupun terhadap perkara-perkara yang remeh dan kecil.
Spiritual.
a. Tidak redha terhadap apa yang telah berlaku ke atas diri sendiri.
b. Mudah menyalahkan orang lain.
c. Sukar untuk berasa tenang apabila menghadapi sesuatu masalah atau dugaan hidup.
d. Sukar menjalinkan hubungan persahabatan.
e. Kurang bersabar dalam menghadapi sesuatu keadaan terutamanya yang melibatkan perkara-perkara yang sukar.
a. Tidak redha terhadap apa yang telah berlaku ke atas diri sendiri.
b. Mudah menyalahkan orang lain.
c. Sukar untuk berasa tenang apabila menghadapi sesuatu masalah atau dugaan hidup.
d. Sukar menjalinkan hubungan persahabatan.
e. Kurang bersabar dalam menghadapi sesuatu keadaan terutamanya yang melibatkan perkara-perkara yang sukar.
Peristiwa Hidup
a. Berasa diri tidak berguna. Keadaan ini berlaku akibat sikap yang terlalu melihat kelemahan diri dan aspek negatif berbanding aspek yang positif.
b. Seseorang yang mempunyai kenangan pahit yang sentiasa membelenggu kehidupan.
c. Berasa Tuhan tidak adil terhadap dirinya.
d. Kerap berasa kesunyian. Keadaan ini telah membuatkan individu itu merasa bosan dan stres.
e. Masalah sejarah perpisahan yang telah membuatkan diri merana dan sentiasa mengalami stres.
a. Berasa diri tidak berguna. Keadaan ini berlaku akibat sikap yang terlalu melihat kelemahan diri dan aspek negatif berbanding aspek yang positif.
b. Seseorang yang mempunyai kenangan pahit yang sentiasa membelenggu kehidupan.
c. Berasa Tuhan tidak adil terhadap dirinya.
d. Kerap berasa kesunyian. Keadaan ini telah membuatkan individu itu merasa bosan dan stres.
e. Masalah sejarah perpisahan yang telah membuatkan diri merana dan sentiasa mengalami stres.
Persekitaran
a. Berasa lemas dan sesak kerana terlalu ramai anggota keluarga tinggal bersama-sama di dalam sebuah rumah.
b. Mempunyai masalah dengan jiran.
c. Individu yang berasa bilik tidur tidak selesa dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat berehat.
d. Mempunyai masalah dengan suasana kehidupan keluarga yang bising dan menyebabkan fikiran seseorang kusut.
e. Berasa tempat tinggal sekarang terlalu sesak dan tidak selesa.
a. Berasa lemas dan sesak kerana terlalu ramai anggota keluarga tinggal bersama-sama di dalam sebuah rumah.
b. Mempunyai masalah dengan jiran.
c. Individu yang berasa bilik tidur tidak selesa dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat berehat.
d. Mempunyai masalah dengan suasana kehidupan keluarga yang bising dan menyebabkan fikiran seseorang kusut.
e. Berasa tempat tinggal sekarang terlalu sesak dan tidak selesa.
Perhubungan
a. Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja.
b. Berasa rakan-rakan sukar untuk mendengar luahan perasaan yang hendak dikongsi.
c. Mempunyai masalah sukar berasa gembira apabila bersama rakan.
d. Berasa orang yang rapat dengan anda sukar untuk memahami diri anda.
e. Mempunyai sikap tidak selesa apabila bergaul dengan masyarakat setempat.
a. Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja.
b. Berasa rakan-rakan sukar untuk mendengar luahan perasaan yang hendak dikongsi.
c. Mempunyai masalah sukar berasa gembira apabila bersama rakan.
d. Berasa orang yang rapat dengan anda sukar untuk memahami diri anda.
e. Mempunyai sikap tidak selesa apabila bergaul dengan masyarakat setempat.
Pekerjaan
a. Mempunyai sikap suka melambat-lambatkan kerja.
b. Mempunyai masalah dengan kawalan pelajar semasa mengajar.
c. Berasa jadual waktu mengajar yang diberikan kepadanya adalah membebankan.
d. Berasa kurang dihargai oleh pihak sekolah.
e. Seseorang yang beranggapan bahawa dasar pelajaran membebankan dan terlalu banyak perubahan dilakukan.
a. Mempunyai sikap suka melambat-lambatkan kerja.
b. Mempunyai masalah dengan kawalan pelajar semasa mengajar.
c. Berasa jadual waktu mengajar yang diberikan kepadanya adalah membebankan.
d. Berasa kurang dihargai oleh pihak sekolah.
e. Seseorang yang beranggapan bahawa dasar pelajaran membebankan dan terlalu banyak perubahan dilakukan.
Tanda-Tanda
Stress
Psikologikal
Ciri-ciri Psikologikal
– Mudah berasa bimbang, tertekan, keliru dan mudah meradang.
– Timbulnya perasaan kecewa, marah dan kebencian.
– Emosi terlalu sensitif dan sangat pasif.
– Memendam perasaan, menarik diri dan kemurungan.
– Kurangnya komunikasi yang berkesan.
– Timbulnya perasaan tidak mahu bergaul dan suka mengasingkan diri.
– Rasa bosan dan tiada kepuasan kerja.
– Keletihan pada mental, penurunan fungsi intelektual dan kehilangan tumpuan.
– Kehilangan sifat spontaneity dan kreativiti.
– Menurunya rasa harga diri.
Ciri-ciri Psikologikal
– Mudah berasa bimbang, tertekan, keliru dan mudah meradang.
– Timbulnya perasaan kecewa, marah dan kebencian.
– Emosi terlalu sensitif dan sangat pasif.
– Memendam perasaan, menarik diri dan kemurungan.
– Kurangnya komunikasi yang berkesan.
– Timbulnya perasaan tidak mahu bergaul dan suka mengasingkan diri.
– Rasa bosan dan tiada kepuasan kerja.
– Keletihan pada mental, penurunan fungsi intelektual dan kehilangan tumpuan.
– Kehilangan sifat spontaneity dan kreativiti.
– Menurunya rasa harga diri.
Tingkah laku
Ciri-ciri Tanda Tingkah Laku
– Suka melengah-lengahkan kerja, mengelak bekerja dan suka ponteng kerja.
– Menurunnya prestasi dan produktiviti kerja.
– Meningkatnya penggunaan alkohol, penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan terlarang.
– Kerap menunjukkan tingkah laku sabotaj dalam pekerjaan.
– Tabiat makan yang melampau dan peningkatan berat badan.
– Tingkah laku makan yang tidak normal sebagai bentuk penarikan diri dan kehilangan berat badan dengan tiba-tiba dan kemungkinan hal berkombinasi dengan tanda-tanda kemurungan.
– Meningkatnya tingkah laku berisiko tinggi, termasuk cuai dalam memandu dan berjudi.
– Meningkatnya tingkah laku agresif, vandalisme dan jenayah.
– Menurunya kualiti hubungan dengan keluarga dan rakan.
– Membunuh diri atau cuba membunuh diri.
Ciri-ciri Tanda Tingkah Laku
– Suka melengah-lengahkan kerja, mengelak bekerja dan suka ponteng kerja.
– Menurunnya prestasi dan produktiviti kerja.
– Meningkatnya penggunaan alkohol, penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan terlarang.
– Kerap menunjukkan tingkah laku sabotaj dalam pekerjaan.
– Tabiat makan yang melampau dan peningkatan berat badan.
– Tingkah laku makan yang tidak normal sebagai bentuk penarikan diri dan kehilangan berat badan dengan tiba-tiba dan kemungkinan hal berkombinasi dengan tanda-tanda kemurungan.
– Meningkatnya tingkah laku berisiko tinggi, termasuk cuai dalam memandu dan berjudi.
– Meningkatnya tingkah laku agresif, vandalisme dan jenayah.
– Menurunya kualiti hubungan dengan keluarga dan rakan.
– Membunuh diri atau cuba membunuh diri.
Tanda Fizikal
Ciri-ciri Tanda Fizikal
– Meningkatnya denyutan jantung, tekanan darah dan kecenderungan mengalami penyakit kardiovaskular.
– Meningkatnya rembesan hormon stres (contohnya, adrenaline dan nonadrenaline)
– Mengalami masalah gangguan gastrointestinal termasuklah irritable bowel syndrome, radang dinding usus besar dan ulser.
– Meningkatnya kecederaan dan kemalangan pada tubuh badan
– Keletihan fizikal dan berkemungkinan mengalami sindrom keletihan yang kronik.
– Gangguan pernafasan, termasuklah gangguan keseluruhan bahagiannya.
– Gangguan pada kulit.
– Sakit kepala, sakit pada bahagian bawah punggung dan ketegangan otot.
– Rosaknya fungsi imunisasi badan, termasuklah mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi kanser.
https://stresdalamguru.wordpress.com/punca-punca-burnout-guru/
Ciri-ciri Tanda Fizikal
– Meningkatnya denyutan jantung, tekanan darah dan kecenderungan mengalami penyakit kardiovaskular.
– Meningkatnya rembesan hormon stres (contohnya, adrenaline dan nonadrenaline)
– Mengalami masalah gangguan gastrointestinal termasuklah irritable bowel syndrome, radang dinding usus besar dan ulser.
– Meningkatnya kecederaan dan kemalangan pada tubuh badan
– Keletihan fizikal dan berkemungkinan mengalami sindrom keletihan yang kronik.
– Gangguan pernafasan, termasuklah gangguan keseluruhan bahagiannya.
– Gangguan pada kulit.
– Sakit kepala, sakit pada bahagian bawah punggung dan ketegangan otot.
– Rosaknya fungsi imunisasi badan, termasuklah mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi kanser.
https://stresdalamguru.wordpress.com/punca-punca-burnout-guru/
25 Tricks to Stop Teacher Burnout
There’s a reason why teachers receive a sad, knowing
nod from others at a dinner party or when meeting new people. The profession
kicks us around and often kicks hardest when we’re down.
We teach for the pleasure of sharing a subject or
skill that we love and hope to infuse a passion in someone else. We don’t teach
for the pounding headaches or the late nights grading. We don’t teach because
we like low pay and instability.
So, in the light of how teachers are treated, it’s
only natural to see teachers burnout more quickly than in any other profession.
That’s why we need to take steps to protect ourselves from the inevitable
because it can be prevented and controlled.
Follow these steps and keep yourself safe from the
overkill, the stress, the demands, the inconsistencies, the long hours, the
endless grind, and the disregard for competitive compensation.
1.
Mindfulness meditation.
Mindful meditation uses breathing techniques to bring
you closer to the present moment. Being in the present moment means being more
proactive and controlled in difficult situations. In a recent study, subjects
who spent more time practicing this showed increased levels of gray matter
according to brain images. See
more at
National Institute of Health.
2. Smile.
It sounds simple, but for teachers it sometimes feels
crazy. How can you smile with so much work, not enough hours to finish your
work, and definitely without the pay your worth? You smile because it physically
changes your body chemistry and, well, if you’re truly burning out, it will
spark something inside you to keep moving forward. According to the Association
for Psychological Science, smiling not only improves your mood but others’ as
well.
3. Laugh—all
the time and wildly.
Laughing empowers you, recharges you, and it’s also contagious. Giving
yourself a moment to laugh at an unbearable situation helps put things into
perspective, but it also helps you stay healthy and, well, happy. Find out more
about work and laughter at Laughter Works, an Australian company that
promotes laughter in the workplace.
4. Avoid
conflict.
We all know avoiding conflict seems almost laughable
when you wear the label teacher, but it’s an important skill. Do it as much as
possible. Conflict pelts us like a machine gun so avoiding it saves a lot of
time and energy on our part.
5. Solve
problems quickly and efficiently.
When you can’t avoid the inevitable, solve the problem
as quickly and efficiently as possible. Strike the issue and use your gut to
guide you then let it all go. This keeps worry at bay and therefore saves you a
lot of wasted energy.
6. Monitor
your feelings.
Be hyper aware of how you feel. The first signs of
feeling overwhelmed materialize differently with every person, but remain aware
of them and you’ll be able to control them by taking a step back from work,
even for a few moments, just to observe.Mind Tools details how to manage and monitor
feelings.
7. Plan for
grading.
There should be set times to grade. Stick to those
times and you’ll breathe easier when other work gets thrown your way. To make
it even more effective, time yourself when you grade to ensure that you don’t
spend too many hours on any one assignment.
8. Shift
your focus to home.
When we use so much technology, we sometimes lose our
sense of boundaries and forget where work should be. Understandably we can’t
keep work at work all the time. But, keep yourself in check. Time boundaries
often make more sense. The boundary could be that for three hours you don’t
grade, plan, or read emails.
9. Take a
day off.
Sometimes, when the beatings you’ve taken add up to
just too much work, it’s time to take a day off. Often, it’s just what you need
to recharge and keep going. It’s the day that’s not a holiday or a sick day,
it’s just your day. When you return to work, you’ll be able to teach with more
power and insight than before.
10. Slow
down.
If taking a day off isn’t possible, just slow down.
Skip the coffee and just take a break. Sit and stare out the window for minutes
at a time. Walk slowly to your next meeting. Breathe fresh air. Remember the
beauty of taking your time.
11. Throw
your lessons out the window.
Relying on routine is one thing. Redundancy is
another. If you feel as if teaching’s become repetitive and stale, then your
students will too. You’re body and mind will react accordingly so start small
and throw out one lesson. See what happens. When it works, do it again.
12. Sink
into teaching something new.
Ask to change courses or add a twist to your old way
of teaching. Sometimes that feeling of burning out really means you’re burning
out of ideas, so map out something new and send yourself on the same path as
the student when you feel as if you’re slowing down too much.
13. Sleep.
Frankly, this should be your trick for every other
number on this list. Teachers just don’t sleep enough. Between worrying over
problems with our students or superiors and being overwhelmed with work, sleep
takes a backseat. And, yet, it keeps us alert and powerful when we need to
solve problems. So set a curfew for yourself. Check
out this Harvard Medical School research on the effects of
sleeplessness.
14.
Exercise.
Walk, swim, run, do yoga or pilates, but find a way to
exercise. It helps you sleep better and it keeps you healthy. Burnout won’t
happen if you’re busy taking care of your mind and body. Exercise also releases
endorphins that will help you smile in the face of difficulties.Visit the Mayo Clinic for more about why exercise is so
important.
15. Invite
a friend to lunch.
You might be saying, “What lunch?” Too many teachers
go without lunch or even breaks so inviting a friend to lunch quickly remedies
that problem. If you know you have an appointment and someone else is coming,
it sets you up to meet someone. Besides, talking to friends also recharges you. PsychCentral demonstrates the importance of
seeking refuge in friendship.
16. Take
your own advice.
Teachers love to give advice—especially zen-like
advice that’s supposed to make everything all better when students run into
problems. But, we rarely take our own advice. This is where we go wrong. Look
at even the most simple expectations you have for your students and think about
whether or not you actually use the advice you dish out. You’ll be surprised at
how much you give and never receive.
17.
Establish routines.
It doesn’t matter how old you are. Routines provide a
sense of structure and therefore give us a feeling of security. So when
everything else may seem out of control, our routines remain in place and you
remain sane. Make sure you follow specific routines daily even if it’s as small
as having a morning cup of coffee.
18. Teach
from your heart.
Because the reason we started teaching in the first
place was for the love of teaching, then remember to teach from your heart.
Being passionate about your work keeps you focused and generates energy for
yourself and your students.
19. Move
on.
If your environment and classes just aren’t working
out, then move on. There are lots of teaching jobs out there and this one might
not be for you. Rethink your situation. Ask yourself: Is this worth it? Can I move forward here? If
it feels temporary, then look elsewhere. Staying may be the source of your
stress.
20. Build
success.
When staying means changing your circumstances, focus
on success. Setting concrete goals for yourself and with your students in mind
sends you in forward motion. Set daily goals or monthly goals and meet them.
This will confirm a sense of success and therefore boost your ego, a
more-than-necessary antidote to burnout.
21. Create
small sanctuaries.
Your sanctuary doesn’t have to be the house and it
can’t be the office. It can be a garden or a walk around a garden. It can be a
drive to Starbucks for a Frappuccino. Sit there for at least 10 minutes, listen
to the music and people watch. It might even be your bathroom. Create a small
spaces just for you in the different places you occupy in life.
22. Find
support.
Being right in the middle of burnout because the other
tips and tricks just didn’t work out might be too much for you. Find support in
the form of superiors, co-workers, friends, and family. Sometimes all you need
is someone to guide you, to tell you what to do, especially if you’re too
engulfed in an emotionally draining situation.
23. Demand
respect.
Burning out involves sucking someone’s energy. There’s
something or someone bent on taking your worth from you. Be aware of this and
demand respect. Don’t just say it either. You must hold your head high no
matter what and stand your ground in whatever situation you’re battling. Even
if there’s an apology necessary on your part, saying it with dignity ensures
that your respect remains intact.
24. Change
your perspective.
Give the students the bulk of the work by challenging
them to do what a teacher normally does without actually using those words. Put
the pressure on them. That’s actually the way it should work, but too many
times we take on their burdens as our own, especially when we truly care about
our students.
25. Know
your limits and set them.
Pushing yourself to do too much will set you up for
failure. You know it’s too much when you feel out of synch, when confusion or
chaos begins to seep into your daily activities. So, know what you just can’t
do and don’t do it. Don’t be the “yes” man. Learn to say, “No, I’d love to
help, but I just have too much on my plate right now.”
Cited From:
http://www.opencolleges.edu.au/informed/features/25-tricks-to-stop-teacher-burnout/#ixzz3V3HVRd29
Friday, March 20, 2015
Tuesday, March 17, 2015
stres di kalangan guru- faktor dan cara menangani
1.0 PENGENALAN
Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain
utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan
penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret
kemajuan pesat bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk
membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang
pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari
masa ke semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga
pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang
lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan
guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres.
Dipetik daripada Utusan Online ruangan
Gaya Hidup bahagian pendidikan oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya
yang bertajuk; Guru Lebih Stes, menyatakan hasil kajian mendapati bahawa guru
berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres
terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah,
kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat
ke lima.
Stres di kalangan guru merupakan topik
popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh media massa mutakhir kini. Di
Malaysia, stres di kalangan guru dilaporkan meningkat pesat selari dengan
kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan
salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada
kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah stres
dikalangan guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya
ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak
sehingga mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubung
kait rapat dengan gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku seterusnya “burn
out” yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab
dengan lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978).
2.0 DEFINISI STRES
Kamus Oxford pula mendefinisikan stres
sebagai satu tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal
atau mental.Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana kekuatan fizikal,
mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan tubuh dan
mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi.
Menurut Statt (1981), stres ialah
ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu masa, yang boleh
menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu situasi.
Hans Selye (1963), telah memberikan
maksud yang berbeza mengenai stres dengan membuktikan di dalam kajiannya
terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan penyakit,
seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang berlebihan
boleh membawa maut. Daripada kajian beliau juga mendapati stres juga boleh berlaku
ke atas manusia.
Secara keseluruhannya stres adalah :
· Ketidakupayaan memenuhi tuntutan
persekitaran.
· Gangguan fungsi kehidupan.
· Perubahan dinamik yang menyebabkan
individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup.
· Peristiwa atau keadaan persekitaran
yang mendatangkan akibat yang negatif.
· Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan,
keletihan dan ketegangan kepada individu.
· Tindak balas luaran yang mengganggu
mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh.
3.0 FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN
GURU
· Faktor diri.
· Faktor interpersonal.
· Faktor organisasi.
· Faktor kekurangan sumber.
Pada zaman yang sangat mencabar,
pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk diperolehi. Kebanyakan mahasiswa
keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur begitu lama untuk
mencari pekerjaan yang selesea, mudah, dan menjanjikan gaji yang lumayan.
Profesion keguruan sering dilihat
sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini dianggap sebagai profesion
peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor,
jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang
tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini
begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka
masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti
yang banyak.
Hal ini menyebabkan golongan guru
seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja menjalani kehidupan sebagai
seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti apa yang
diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru
mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.
3.2 Faktor Interpersonal
Daripada kajian yang telah dijalankan,
Azizi Yahya (2007) mendapati diantara faktor interpersonal stres dikalangan
guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Selain
daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati
tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana
setiap insan guru perlulah meningkatkan motivasi diri, menanam sikap tolong
menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di
samping menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan hati yang
terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.
Faktor organisasi merupakan antara
faktor yang terbesar menyebabkan stres dikalangan guru. Faktor ini juga
merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain guru. Antara faktor-faktor
stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi ialah;
· Semua kerja perlu segera - kesuntukan
masa.
· Tugasan kerja berterusan (kronik).
· Perbezaan persediaan tugas dengan
ketetapan tugas.
· Tugasan kerja kerana kuantitatif dan
kualitatif.
· Perubahan dasar yang drastik.
Faktor-faktor yang diatas secara
umumnya terus menerus berlaku dalam profesion keguruan dan telah menambah beban
guru. Dipetik daripada arkib Utusan Online bertarikh 18 Mei 2009, Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Anang di dalam
laporan yang bertajuk; Beban Tugas boleh Bawa Tekanan Perasaan Guru, menegaskan
bahawa peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai
kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan.
3.4 Faktor kekurangan Sumber.
Kekurangan sumber terutamanya sumber
tenaga manusia merumitkan lagi masalah stres yang dihadapi dalam bidang keguruan.
Kekurangan guru sememangnya diakui merupakan faktor yang rumit dan sukar
diatasi. Hal ini menabahkan lagi bebanan kerja guru-guru sedia ada secara terus
menerus. Tahap stres guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah guru
yang kurang dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru
seringkali memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.
Aziz Yahya (2007) menegaskan diantara
faktor stres dikalangan guru ialah mereka terpaksa melakukan tugas yang
bertentangan dengan bidang, kemahiran dan kehendak mereka. Hal ini sama sekali
tidak akan berlaku sekiranya bilangan guru di sekolah mencukupi.
4.0 MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN
GURU
Kesemua faktor yang menyumbang kepada
masalah stres di kalangan guru seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh
semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin sesuai dan berkesan.
Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak menangani
segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam
mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan
negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus
menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara.
Stress dalam kalangan guru dapat
dikendalikan dengan strategi berikut:
4.1 Kenal pasti reaksi emosional.
Apabila keperluan emosi dapat dikenal
pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih
positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan
pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang
negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui
keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah
kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh
pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar
bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah
berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan
mereka berjaya dipulihkan.
4.2 Komitmen sosial.
Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan
sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial
amatlah penting.
4.3 Kehidupan fizikal.
4.3 Kehidupan fizikal.
Stress menjejaskan kesihatan dari segi
imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk
menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti
musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.
Pengetahuan dalam senaman rutin dan
pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu
memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan
melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal
seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi
menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.
Selain dari menjaga kecergasan diri,
guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk
bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu.
Semua guru haruslah mengamalkan gaya
hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah menjaga soal
pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta banyak menghabiskan
masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok,
minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.
Guru hendaklah bergaul dengan golongan
yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek
boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
Dengan menjadi guru tidak semestinya
kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam mengetehui cara
mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai
pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton
rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang
diperolehi maka lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.
Stress jika dibiarkan, boleh
mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk
mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal
pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca
stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah
menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika
seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut
mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah
laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan
mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa
tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.
Bagi mengatasi masalah tersebut juga,
Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor atribusi terhadap masalah stress
atau burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:
a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)
b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)
c) Motivasi Kendiri (self-motivation)
d) Empati
e) Kemahiran Sosial (social skills)
b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)
c) Motivasi Kendiri (self-motivation)
d) Empati
e) Kemahiran Sosial (social skills)
Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran
kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru untuk mengetahui perasaan mereka
dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan
dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga
mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai
keyakinan diri yang utuh.
Pengawalan kendiri (self-regulation)
dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya
mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri
mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif
mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.
Guru yang mempunyai motivasi kendiri
(self-motivation) berupaya menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan
memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh
membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk
memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah
apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.
Empati merupakan faktor atribusi yang
boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga
membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut pandangan orang lain.
Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian
dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat
empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang
terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998)
menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih
mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang.
Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid.
Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.
Faktor atribusi terakhir yang
dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social skills).
Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang
mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu
mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir
memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang
berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan
menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam
bilik darjah.
Selain itu hubungan interpersonal yang
baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah dengan rakan sekerja,
rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada
pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan
pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi
borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan
prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan
pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya.
Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa
stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal serta berupaya
melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana stress
menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu
pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru.
Prestasi guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu
anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.
5.0 KAEDAH ISLAM DALAM MENANGANI STRES
Islam merupakan agama yang sempurna.
Cara yang terbaik dalam menangani stres ialah dengan mendekatkan diri kepada
Allah. Hashim Anang (2009) menyatakan pendidikan dan pengamalan Islam yang
sepenuhnya akan membantu mengatasi masalah stres dikalangan guru.
Seorang guru yang beragama Islam
seharusnya memainkan peranannya sebagai agen dakwah dengan melakukan segala
perintah di dalam agama Islam terlebih dahulu. Di dalam ajaran Islam misalnya,
amalan solat yang khusyuk lima waktu sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah
terbaik untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan sekaligus menangani segala
masalah. Allah SWT berfirman dalam surah al-Mukminun, 23: 1&2 yang
bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka
Yang khusyuk Dalam solatnya".
Perkataan “aflaha” atau berjaya
di sini bukan sekadar berjaya di dunia malah berjaya juga di akhirat. Mereka
yang beroleh khusyuk dalam solat, akan juga beroleh khusyuk dan ketenangan
dalam kehidupan dan minda mereka. Malah seruan azan juga turut mengaitkan solat
dengan kejayaan. Marilah bersolat dan marilah menuju kejayaan.
Abu Darda' di dalam kitab al-Asas fi
Tafsir menyatakan bahawa khusyuk itu ialah pengagungan terhadap Tuhan,
keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh
perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan.
Faedah khusyuk ini akan membina jati diri seseorang muslim yang taat dan soleh,
yang tenang dan aman jiwanya dan yang ikhlas dalam tindak-tanduk amalnya.
Ketenangan jiwa merupakan penawar utama bagi masalah stres.
Berzikir juga merupakan amalan yang
mampu menenangkan jiwa dan menghilangkan stres. Dalam hal ini, Allah SWT
memberi jaminan bahawa mereka yang senantiasa mengingati-Nya akan beroleh
ketenangan hati. Allah SWT berfirman dalam surah al-Rad, 13: 28 yang bermaksud,
"(Iaitu) orangp-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
zikrullah". Ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang
tenteramlah hati manusia". Allah SWT juga berfirman dalam surah
al-Baqarah, 2:152 yang bermaksud; "Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku,
nescaya Aku akan mengingati kamu sekelian".
Amalan membaca, mendengar dan
menghayati al-Quran juga mampu menjadi penenang kepada jiwa. Diriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Al-Quran adalah penawar
kepada kesakitan minda". (Hadis riwayat Bukhari). Rasulullah SAW juga
pernah bersabda: "Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu:
Cintakan nabi mereka, cintakan keluarga nabi dan membaca al-Quran".
Jelas di sini berdasarkan pencerahan
beberapa amalan di atas, Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam menjaga
kesihatan jiwa dan menangani stres. Mereka yang mengalami stres khususnya di
kalangan guru seharusnya berusaha mencapai solat yang khusyuk, sentiasa
berzikir dan menghayati isi kandungan al-Quran. Amalan-amalan ini terbukti
mampu menjadikan diri kita sihat zahir dan batin.
6.0 PENUTUP
Profesion perguruan adalah profesion
yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas antara masa bekerja dan masa
tidak bekerja. Keadaan sedemikian sememangnya mewujudkan stres kepada
guru-guru.
Profesion keguruan dan tugas guru
merupakan bidang yang kompleks dan mencabar. Guru bukan sahaja perlu mengajar,
malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan
aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan
Ibu-Bapa dan Guru. Disamping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga perlu
memastikan tanggung jawab utama iaitu berinteraksi dengan pelajar-pelajar
secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
dalam keadaan yang kodusif.
Boleh dikatakan stres dapat dikawal
dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk
menguruskan stres tersebut. Pengurusan stres amat kritikal atau diperlukan oleh
guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala
cabaran dalam profesion keguruan dan dunia pendidikan yang mendatang. Hal ini
seterusnya akan membantu pemecutan kemajuan bidang pendidikan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)