PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
PENGENALAN
Pendidikan adalah satu sistem dinamik yang
akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan
aspirasi sesebuah negara.
Perubahan yang berlaku antaranya adalah untuk
menyediakan modal insan yang sejajar dengan perkembangan dunia semasa dalam
memastikan sesebuah negara tidak akan ketinggalan dalam aspek perkembangan dan
pembangunan peringkat global.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita
telah sedia maklum bahawa perubahan-perubahan yang berlaku memerlukan komitmen
daripada semua pihak.
Sehubungan dengan itu, pelbagai strategi perlu
disusun dan diatur dalam melaksanakan perubahan.
KEPENTINGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
DEFINISI INOVASI
·
Pembaharuan
·
Perkembangan teknologi baru atau aplikasi sesuatu teknologi dalam
kegunaan tertentu
·
Kebolehan untuk mencipta sesuatu kemahiran di dalam menyelesaikan sesuatu
masalah dan peluang untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.
STRATEGI KEKUASAAN
·
Pihak atasan atau berkuasa menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk
memaksa kumpulannya berubah seperti yang dirancang.
·
Dalam melaksanakan strategi ini, agen perubahan boleh menggunakan sama
ada suatu ganjaran pada perubahan yang positif atau hukuman dan pengukuhan
negatif demi mencapai persetujuan terhadap rancangan perubahan
STRATEGI PUJUKAN
·
Strategi yang memerlukan kemahiran interpersonal mantap yang perlu ada
pada seorang ketua atau agen perubahan.
·
Memerlukan logik dan kebijaksanaan bagi meyakinkan kumpulan sasaran
tentang kepentingan dan kebaikan perubahan yang dibawa dan yang perlu
dilaksanakan.
·
Agen perubahan perlu memiliki ilmu dan mahir dalam perubahan yang hendak
disampaikan serta kelebihan dalam mempengaruhi kumpulan sasaran sehingga
perubahan yang dirancang dapat diterima oleh fikiran waras mereka.
STRATEGI PENDIDIKAN SEMULA
·
Strategi penggunaan maklumat baharu yang disediakan oleh agen perubahan
dan menyerahkan maklumat tersebut kepada kumpulan sasaran untuk menentukan
rancangan mereka sendiri.
·
Agen perubahan mendorong kumpulan untuk memikirkan semula serta melakukan
refleksi merenung tindakan-tindakan yang telah diambil, sejauh mana tindakan
tersebut menemukan kejayaan dan mengenal pasti kekurangan yang ada.
STRATEGI MEMUDAH CARA
·
Kumpulan sasaran menentukan rancangan yang dipilih oleh mereka dan agen perubahan
akan menghantar sumber-sumber yang diperlukan kepada kumpulan sasaran.
·
Antara sumber tersebut adalah barangan dan perkhidmatan teknikal.
·
Tindakan ini adalah untuk memastikan bahawa tiada sebarang halangan
kepada kumpulan sasaran untuk meneruskan perubahan yang telah dirancan.
PENGURUSAN PENDIDIKANNDIDIKAN
No comments:
Post a Comment