Sunday, March 22, 2015

STRESS

 
Stress
 

Konsep Stress 

Stres adalah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan
mental dan kerap menyerang masyarakat pada masa kini. Dari sudut
bahasa stres membawa maksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah
kehidupan (Harunsani,2004 dalam Mohd Taib dan Hamdan 2006).
Menurut Mohd Salleh (1994) stres adalah reaksi fizikal dan mental
seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan ketidakselesaan
dalam hidup. Ketidakselesaan ini boleh memberi dua kesan berbeza
kepada individu iaitu sama ada kesan positif atau negatif. Stres pada
kadar rendah adalah positif kerana ia boleh menggerakkan individu untuk
mencapai apa yang ingin dicapai. Sebaliknya stres pada kadar tinggi
boleh mendatangkan kemudaratan seperti kemerosotan kesihatan atau
perhubungan.
Di Malaysia masalah stres dalam kalangan guru memang hebat
dibincangkan dan banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji
aspek ini. Mengikut Kyriacou (2000) stres guru ialah pengalaman guru
terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan,
kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya
sebagai seorang guru. Bebanan tugas guru dan perubahan yang berlaku
dalam sistem pendidikan adalah antara faktor yang menyumbang kepada
masalah stres dalam kalangan guru.

Jenis-Jenis Stress


Mengikut Cockburn (1996) terdapat lima jenis stres yang dialami
oleh guru iaitu;
Stres ‘here and now’ – Stres ‘here and now’ didefinisikan sebagai stres yang wujud pada sesuatu masa atau ketika. Contohnya; ketika peperiksaan, pertengkaran atau ketika berlaku kemalangan.

Stres ‘anticipation’ – Stres ‘anticipation’ merujuk kepada situasi di mana guru bertindak balas terhadap sesuatu perkara yang dijangkakan. Contohnya; apabila guru baharu dilantik untuk menjadi guru kelas dan terpaksa berjumpa dengan ibubapa dalam perjumpaan PIBG. Sebagai guru baharu yang tiada berpengalaman, situasi ini boleh menimbulkan perasaan stres ‘anticipation’.

Stres imaginatif – Stres imaginatif wujud apabila individu akan berimaginasi tentang sesuatu yang menakutkan atau negatif. Sebagai contoh; anda tinggal bersendirian di rumah dan anda mendengar pelbagai bunyi di luar. Secara tidak langsung anda akan mula mengandaikan bahawa terdapat pencuri di luar yang sedang mencuba untuk menceroboh rumah anda.

Stres Reaktif – Stres reaktif ialah stres yang wujud akibat daripada peristiwa atau pengalaman lampau. Ia berlaku secara semulajadi. Contohnya ialah apabila seseorang individu baharu sahaja kehilangan orang yang disayangi. Proses mengimbas semula pengalaman lampau ini akan menyebabkan stres reaktif berlaku.

Stres Negatif – Stres negatif ialah sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari, minggu, bulan atau tahun. Ia boleh disebabkan satu punca sahaja seperti masalah kewangan atau rumah tangga.

Punca-Punca Stress


Punca-Punca Stres

Menurut Faizah dan Mazlan (2010), Punca stres kehidupan
merangkumi lapan faktor iaitu :

Gaya Hidup
a. Disiplin pemakan yang tidak sihat.
b. Gemar berbelanja menggunakan kad kredit walaupun ada kalanya barangan yang dibeli tidak diperlukan.
c. Tidak dapat membezakan antara waktu bekerja dengan waktu berehat bersama –sama keluarga.
d. Kurang melakukan senaman bagi menjaga kesihatan diri.
e. Tidak dapat menyusun ritma tidur yang sistematik.

Kewangan
a. Mempunyai masalah disiplin kewangan yang teruk.
b. Sifat individu yang tidak pernah merancang sebelum berbelanja.
c. Gaji yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan peribadi dan keluarga.
d. Perancangan kewangan yang buruk.
e. Kerap terganggu dengan masalah kewangan.

Personaliti.
a. Sukar untuk melahirkan perasaan gembira.
b. Tabiat terlalu banyak bercakap daripada mendengar.
c. Kerap tergesa-gesa untuk menyiapkan sesuatu kerja.
d. Kerap mengambil keputusan tanpa berfikir secara rasional.
e. Mudah marah walaupun terhadap perkara-perkara yang remeh dan kecil.

Spiritual.
a. Tidak redha terhadap apa yang telah berlaku ke atas diri sendiri.
b. Mudah menyalahkan orang lain.
c. Sukar untuk berasa tenang apabila menghadapi sesuatu masalah atau dugaan hidup.
d. Sukar menjalinkan hubungan persahabatan.
e. Kurang bersabar dalam menghadapi sesuatu keadaan terutamanya yang melibatkan perkara-perkara yang sukar.

Peristiwa Hidup
a. Berasa diri tidak berguna. Keadaan ini berlaku akibat sikap yang terlalu melihat kelemahan diri dan aspek negatif berbanding aspek yang positif.
b. Seseorang yang mempunyai kenangan pahit yang sentiasa membelenggu kehidupan.
c. Berasa Tuhan tidak adil terhadap dirinya.
d. Kerap berasa kesunyian. Keadaan ini telah membuatkan individu itu merasa bosan dan stres.
e. Masalah sejarah perpisahan yang telah membuatkan diri merana dan sentiasa mengalami stres.

Persekitaran
a. Berasa lemas dan sesak kerana terlalu ramai anggota keluarga tinggal bersama-sama di dalam sebuah rumah.
b. Mempunyai masalah dengan jiran.
c. Individu yang berasa bilik tidur tidak selesa dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat berehat.
d. Mempunyai masalah dengan suasana kehidupan keluarga yang bising dan menyebabkan fikiran seseorang kusut.
e. Berasa tempat tinggal sekarang terlalu sesak dan tidak selesa.

Perhubungan
a. Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja.
b. Berasa rakan-rakan sukar untuk mendengar luahan perasaan yang hendak dikongsi.
c. Mempunyai masalah sukar berasa gembira apabila bersama rakan.
d. Berasa orang yang rapat dengan anda sukar untuk memahami diri anda.
e. Mempunyai sikap tidak selesa apabila bergaul dengan masyarakat setempat.

Pekerjaan
a. Mempunyai sikap suka melambat-lambatkan kerja.
b. Mempunyai masalah dengan kawalan pelajar semasa mengajar.
c. Berasa jadual waktu mengajar yang diberikan kepadanya adalah membebankan.
d. Berasa kurang dihargai oleh pihak sekolah.
e. Seseorang yang beranggapan bahawa dasar pelajaran membebankan dan terlalu banyak perubahan dilakukan.

Tanda-Tanda Stress


Psikologikal
Ciri-ciri Psikologikal
– Mudah berasa bimbang, tertekan, keliru dan mudah meradang.
– Timbulnya perasaan kecewa, marah dan kebencian.
– Emosi terlalu sensitif dan sangat pasif.
– Memendam perasaan, menarik diri dan kemurungan.
– Kurangnya komunikasi yang berkesan.
– Timbulnya perasaan tidak mahu bergaul dan suka mengasingkan diri.
– Rasa bosan dan tiada kepuasan kerja.
– Keletihan pada mental, penurunan fungsi intelektual dan kehilangan tumpuan.
– Kehilangan sifat spontaneity dan kreativiti.
– Menurunya rasa harga diri.

Tingkah laku
Ciri-ciri Tanda Tingkah Laku
– Suka melengah-lengahkan kerja, mengelak bekerja dan suka ponteng kerja.
– Menurunnya prestasi dan produktiviti kerja.
– Meningkatnya penggunaan alkohol, penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan terlarang.
– Kerap menunjukkan tingkah laku sabotaj dalam pekerjaan.
– Tabiat makan yang melampau dan peningkatan berat badan.
– Tingkah laku makan yang tidak normal sebagai bentuk penarikan diri dan kehilangan berat badan dengan tiba-tiba dan kemungkinan hal berkombinasi dengan tanda-tanda kemurungan.
– Meningkatnya tingkah laku berisiko tinggi, termasuk cuai dalam memandu dan berjudi.
– Meningkatnya tingkah laku agresif, vandalisme dan jenayah.
– Menurunya kualiti hubungan dengan keluarga dan rakan.
– Membunuh diri atau cuba membunuh diri.

Tanda Fizikal
Ciri-ciri Tanda Fizikal
– Meningkatnya denyutan jantung, tekanan darah dan kecenderungan mengalami penyakit kardiovaskular.
– Meningkatnya rembesan hormon stres (contohnya, adrenaline dan nonadrenaline)
– Mengalami masalah gangguan gastrointestinal termasuklah irritable bowel syndrome, radang dinding usus besar dan ulser.
– Meningkatnya kecederaan dan kemalangan pada tubuh badan
– Keletihan fizikal dan berkemungkinan mengalami sindrom keletihan yang kronik.
– Gangguan pernafasan, termasuklah gangguan keseluruhan bahagiannya.
– Gangguan pada kulit.
– Sakit kepala, sakit pada bahagian bawah punggung dan ketegangan otot.
– Rosaknya fungsi imunisasi badan, termasuklah mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi kanser.


https://stresdalamguru.wordpress.com/punca-punca-burnout-guru/

No comments:

Post a Comment